Sejarah

  • PDF

1910
Selepas penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Tuan Sheikh Haji Nawawi bin Hj Md. Tahir, Pantai Remis, dititahkan oleh Sultan
Idris I Murshidul Adzam Shah untuk merencanakan pembinaan Madrasah Idrisiah. Beliau pada ketika itu menjadi Guru Besar
Madrasah Mariah (dibina dalam tahun 1876 ), Bukit Chandan, Kuala Kangsar.



1916    
Sultan Idris I Mursyidul Adzam Shah mangkat tanpa sempat melihat tertegaknya Idrisiah yang mula dibina dalam tahun 1917. Sultan Iskandar Shah Kaddasallah meneruskan pembinaan Madrasah Idrisiah hingga Ogos 1921  di atas tanah Lot  yang digazet  khas.

1922    
Madrasah Idrisiah mula beroperasi dan Mudir pertamanya ialah Haji Muhamammad b. Haji Salleh, dari Kelantan.

1928    
Mudir kedua ialah Syeikh Abdullah al-Maghribi dari Mekah.

1932    
Mudir ketiga ialah Syeikh Abdullah Fa’him, Kepala Batas (Datuk kepada YAB PM Ke-5).

1940    
Kuliah Iskandar dibuka. Gurunya Sheikh Hassan Yamani.

1941
Perang Dunia II, operasi madrasah ditangguhkan. Kelas diniah berjalan dalam bentuk kuliah. Idrisiah menjadi tempat Indian National Army, Jepun, pimpinan Chandra Bose.

1970 an    
Mudir keempat ialah Syeikh Haji Zubair bin Haji Ahmad. Beliau melahirkan ramai pelajar yang menjadi ulama dan umara’. Program Jubli Emas Madrasah Idrisiah. Bermulanya zaman menurun Madrasah Idrisiah.

1976
Mudir kelima Dato’ Haji Abu Hassan bin Abdul Majid DPMP. Beliau pertamakali membenarkan pelajar puteri masuk dan belajar di Madrasah Idrisiah.

1983    
Mudir keenam ialah Tuan Haji Nawawi bin Hassan, bekas pelajar, menjadi guru dan akhir hayatnya bersama Idrisiah. Dikebumikan

di Makam Ghufran.

1985    
Sultan Azlan Muhibbudin Shah menaiki takhta dan menitahkan Ustaz Musa bin Zainuddin menjadi mudir ketujuh. Beliau mula menjalankan tugas pada 1.6.1985.
•    Ihtifal dan Muzakarah Murid Tua sempena pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah menjadi Sultan Perak ke 34, pada 5.12.1985. turut hadir ialah Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi ( cucu kepada Syeikh Abdullah

Fa’him).
•    Jawatankuasa khas pemulihan Idrisiah ditubuhkan pada 3.8.1985. Mesyuarat pertama AJK nya ialah pada 14.10.1985.

1987
Titah memperaku Madrasah Idrisiah sekolah Majlis Agama Islam Perak.

1988
Lapan orang guru kementerian mendaftar menjadi 11 orang kesemuanya setelah tiga orang guru yang awal mendaftar ke madrasah

ini pada 1.2.1986.

1989
Madrasah Idrisiah pertamakali menggunakan sistem komputer untuk pejabat
•    Menggunakan sukatan dan jadual waktu kementerian atau sukatan SMKA
•    Asrama puteri siap dengan kos pembinaan RM78,000.00.

1990    
Majlis Pelajar (MPMI) menganjurkan pilihanraya pertamanya.

1991    
Asrama Putera & Dewan Makan ( Bangunan Lima Tingkat ) siap dan diguna pada 10 Januari dengan kos pembinaannya sejumlah

RM1,124,000.00 juta.
•    20 Sept. Jamuan Makan Malam mengisi Tabung Pembangunan Idrisiah di Nirwana Ballroom, Hilton, Kuala Lumpur.
Pembinaan tangki air madrasah dengan kos RM116,000.00

1992    
Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam & KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri

berangkat ke Idrisiah pada hari Khamis, 13.2.1992 / 1412 H.
•    Pembentangan kertas kerja IPTA 13.5.1992
•    Mudir, Dato’ Mufti dan SUK mengadap KDYMM Sultan Brunei Darussalam pada 20 Mei. Dikurniakan B500,000.00 dan nilainya

dalam ringgit Malaysia ialah RM767,500.00 untuk membangunkan Institut Pengajian Takhasus al-Idrisiah  di Salak
•    Pembinaan Bengkel Kemahiran hidup          - RM 79,000.00
•    Pembinaan Kantin Sementara                       - RM 24,200.00
•    Pembinaan Makmal Sains (PMR)                 - RM 50,000.00

1993    
Pembinaan pondok jaga / balai pengawal                  - RM   3,400.00

1994    
Bangunan Dewan & Musalla siap dibina                   - RM264,000.00
•    Majalah Sekolah, Al-Fikrah 1/1994, pertamakali dikeluarkan

1996
Dr. Isahak b. Yeop Mohd Shar dilantik Pengerusi Lembaga Tadbir.
•    Anugerah Raja Nazrin Shah disampaikan buat pertamakalinya

1997    
Keberangkatan Ke Bawah DYMM Sultan Perak ke Majlis Jubli Intan Madrasah Idrisiah serta merasmikan penggunaan internet .

1999    
Bangunan Kelas 4 Tingkat siap dibina pada 31 Januari. Mula digunakan pada 22 Feb. dengan kos kontraktor RM1,295,237.00.
•    Ustaz Musa b. Zainuddin meninggal pada 19.4.1999
•    Ustaz Kamaruddin b. Ahmad dilantik menjadi mudir 1.5.1999

2000    
5 Jun 2000 Majlis Muzakarah Ulama’ dan Perasmian Bangunan Baru di sempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak. DYMM

melawat pameran di kawasan kantin sekolah. Jurnal Idrisiah Tahun 2000 pertamakali dicetak & diedar.
Ogos 2000 Rombongan Guru & Staf Sokongan membuat lawatan kerja ke sekolah cemerlang 3K seperti SMKA Yan, SM Syed Omar & SM

Sultanah Bahiyah, Kedah.

2001    
31 Mac 2001 Majlis Ihtifal dan Pengkisahan Idrisiah di sempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak. Pengkisahan Idrisiah merekod

kisah silam Idrisiah oleh pihak ARKIB.
22 Okt.2001 Penggambaran Rancangan Ramadhan alMubarak RTM/JAKIM di Idrisiah.

2002    
Sambutan 80 Tahun dan pelancaran laman sawang yang baru sempena Majlis Ihtifal
Program Perkongsian  Bestari dimulakan pada 6 Julai 2002

2003    
Penerimaan 20 set Komputer dari DYMM Sultan Perak pada Mac 2003
Hari Keluarga Madrasah Idrisiah di Bukit Merah Lake Town
Menerima kelengkapan Makmal Bahasa Di Raja  dengan 40 buah komputer dari JAKIM

2004    
Penghijrahan Maktabah dari Bangunan Dewan Utama ke Bangunan Sains & Teknologi
Perasmian Bangunan Sains dan Teknologi oleh DYTM Raja Muda Perak sempena Majlis Ihtifal pada 10.7.2004. Kelas Sains Tulen

Pertama Dalam Sejarah Madrasah Idrisiah dengan 19 orang pelajar.

2005    
5 Mei 2005 Y.B.Dato’ Jamalludin Al Amini bi Hj Ahmad (Pegawai Kewangan Negeri) memulakan tugas selaku Pengerusi Lembaga

Tadbir yang baru.
Pemasangan Streamyx dan Internet tanpa wayar pada Disember 2005
Menerima Wakaf sebidang tanah dan sebuah rumah di Lot 6807 bernilai RM100 ribu
Penyediaan Perancangan Strategik Sekolah 2006- 2010

2006    
Projek Keceriaan secara menyeluruh meliputi taman kolam dan kawasan sekolah
Menerima wakaf tanah di Lot 6806 bernilai RM87,000.00
Projek bersejarah membuka ladang di tanah mukim Kota Lama & Salak - Nov. 2006
Kerja-kerja awal penyediaan tapak  padang sekolah di mulakan di Lot 6806 dan 6807

2007    
Program Sambutan 85 Tahun Madrasah Idrisiah. Karnival Pelajaran & Kerjaya. Majlis
Makan Malam PBPI. Jamuan Hari Raya PIBG bersama wakil YAB Menteri Besar Pk.

2010    
Projek ikan sangkar, binaan wakaf dan pusat latihan dirintis di tanah sekolah di Salak.
Madrasah menerima guru baru ICT bagi kelas ICT Tingkatan 4 2008. Madrasah mula
menyewakan rumah sewanya di Lot  6806,6807 kepada pelajar KISDAR mulai Jun 2008
Bumbung di seluruh kawasan di cat mulai Oktober 2008 sempena sambutan 25 tahun pemerintahan DYMM Sultan Perak.
Pencapaian 14 9A’s PMR. Program mengecat bumbung & pondok jaga baru –RM8,277

Peruntukan baikpulih & belian alatan asrama Peruntukan oleh YAB MB Perak sebanyak RM250,000. Belian tambahan alatan nasyid.
Perancangan Strategik 2011-2015 di susun. Pengambialihan tanah Lot 1727
di belakang tapak sekolah & proses pembinaan padang sekolah yang baru


 

Last Updated on Monday, 04 April 2011 18:34

You are here: