LADAP Sistem Pengurusan Sekolah

  • PDF

740105275 46393

740106522 46477

740105827 46271

TARIKH                   : 16 Oktober 2014

MASA                       : 2.30 PM – 4.30 PM
TEMPAT                  : Dewan Utama Madrasah Idrisiah
HARI                        : Khamis
ANJURAN              : Unit ICT MADID
PENCERAMAH     : Pn Fadhilatul Ahya Bt Md Daud (GURU DATA SEKOLAH)

KEHADIRAN         : SEMUA GURU DAN STAF MADRASAH IDRISIAH

KETERANGAN
:
Kursus LADAP mengenai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) telah disampaikan oleh Guru Data. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kemahiran mengenai tata cara aplikasi SPS di kalangan guru-guru dan staf sekolah. Antara perkara yang diterangkan ialah mengenai  SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari.

 

Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS).

Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :

  • §Pengurusan Maklumat Sekolah
  • §Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
  • §Pengurusan Pentadbir Sistem
  • §Pengurusan Staf
  • §Pengurusan Murid
  • §Pengurusan Sistem Rumah
  • §Pengurusan Jadual Waktu
  • §Pengurusan Asrama
  • §Pengurusan Kehadiran
  • §Pengurusan Kedatangan Murid
  • §Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
  • §Pengurusan Buku Teks
  • §Pengurusan Disiplin
  • §Pengurusan Kurikulum
  • §Pengurusan Kandungan
  • §Pengurusan Program Nilam
  • §Pengurusan Peperiksaan
  • §Pengurusan Kokurikulum
  • §Pengurusan Laporan
  • §Pengurusan Utiliti
  • §Pengurusan e-Cuti

Apakah objektif SPS?

Objektif sistem ini dilaksanakan di sekolah adalah untuk mewujudkan satu pangkalan data tunggal yang akan menjadi primary data source di sekolah. Ini adalah bertujuan memastikan supaya semua inisiatif pembangunan aplikasi yang akan datang oleh mana-mana pihak KPM hanya perlu berintegrasi dengan pangkalan data ini.

Keistimewaan SPS jika dibandingkan dengan sistem-sistem yang terdahulu? Sejak sekian lama, pihak sekolah hanya memberikan maklumat dan data kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Manakala pihak sekolah sendiri tidak mempunyai sistem untuk merekod maklumat dan data untuk urusan pentadbiran di sekolah. Dengan ini, SPS merupakan sistem yang dapat membantu pihak sekolah menyimpan semua maklumat dan data sekolah, guru, murid, peperiksaan, kokurikulum dan sebagainya.

Last Updated on Friday, 24 October 2014 12:44

You are here: